Subscribe Now: google

Add to Google Reader or Homepage

Wednesday, June 15, 2011

Kenapa Logo Penting Untuk Perniagaan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sahabat sekalian, hari ini saya nak share info yang saya dapat dari Jutawan Muda Malaysia, IK.


Rekacipta logo memainkan peranan yang penting dalam perniagaan. Simbol yang kecil yang diberi nama 'logo' boleh memberi impak yang besar pada perniagaan. Lihat sahaja jenama-jenama terkenal di dunia, semuanya mempunyai logo. Tanpa logo, tiada lah jenama.

Berikut adalah
3 tip rekacipta logo untuk perniagaan anda:
  • Pastikan rekacipta logo anda adalah profesional. Logo yang tidak profesional akan memberi tanggapan tidak profesional kepada perniagaan anda. Logo merupakan hubungan pertama antara pelanggan dan jenama anda.
  • Rekacipta logo perlu mudah dan tidak terlalu kompleks. Sekali lagi, fikirkan logo-logo yang terkenal, kesemuanya mempunyai ciri rekacipta dan bentuk yang mudah (simple)
  • Hadkan warna untuk logo ciptaan anda. Logo-logo popular kebanyakannya hanya menggunakan 2-3 warna sahaja. Ini memudahkan orang mengingati logo tersebut.
Simbol yang kecil, tetapi memberi impak yang besar kepada apa sahaja perniagaan. Pastikan anda mempunyai LOGO untuk perniagaan atau perkhidmatan anda, tak kira walaupun anda one-man-show ;)


Ingat, syarikat gergasi HP yang mempunyai logo mudah, hanya bermula sebagai perniagaan kecil!
 
Irfan Khairi
Kuala Lumpur


ps: Sekiranya anda menjalankan perniagaan, kecil-kecilan, dan TIDAK mempunyai logo, atau logo yang anda miliki TIDAK memberi gambaran dan tanggapan profesional untuk perniagaan anda, anda sebenarnya dalam kerugian. Perniagaan anda akan dianggap kurang profesional dan kepercayaan serta kredibiliti akan terjejas. 


Langkah pertama anda adalah untuk mula membina jenama perniagaan anda, dan ianya boleh dilakukan dengan mempunyai logo perniagaan yang profesional.
About the Author
About Me Well, you know me rite..
Jana Pendapatan Tambahan Anda Disini. Tanpa Modal.