Subscribe Now: google

Add to Google Reader or Homepage

Wednesday, June 15, 2011

Kenapa Logo Penting Untuk Perniagaan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sahabat sekalian, hari ini saya nak share info yang saya dapat dari Jutawan Muda Malaysia, IK.


Rekacipta logo memainkan peranan yang penting dalam perniagaan. Simbol yang kecil yang diberi nama 'logo' boleh memberi impak yang besar pada perniagaan. Lihat sahaja jenama-jenama terkenal di dunia, semuanya mempunyai logo. Tanpa logo, tiada lah jenama.

Berikut adalah

Monday, June 13, 2011

Network berguna vs Network kurang berguna


Kita sedia tahu networking tu penting dalam perniagaan kan?
Lagi ramai kita kenali, lagi besar network kita... maka lagi besar peluang kita mendapatkan bantuan bila perlu dari segi network perniagaan.
Namun begitu, mentor saya pesan...
Irfan, network besar pun tak guna... apa yang penting adalah kualiti network kita
Sememangnya benar. Tak kira la kalau kita ni pandai berkawan, dan punyai ramai kawan, tetapi, tak semestinya ia adalah baik untuk perniagaan kita. Bak kata orang, kawan yang gelak ketawa mudah di cari. Tetapi kawan menangis susah (lebih kurang) ;)
Samalah juga dalam network perniagaan, dimana kebanyakan network kita, sebenarnya kurang berguna.
Kalau diikutkan undang-undang Pereto 80/20 rule, ini bermakna, kalau kita ada 10 kenalan dalam network perniagaan kita, sebenarnya 2 yang paling berguna sekali. Kalau kita ada 100 kenalan network perniagaan, maka, 20 network kita yang sangat-sangat berguna!
Oleh itu:
  1. Tambahkan lebih ramai networking dalam perniagaan anda. 100... 200... 300... kerana 80% daripadanya besar kemungkinan tidak dapat membantu kita. Hanya 20% yang berkualiti dan dapat sama-sama membangunkan perniagaan
  2. Kaji senarai network/kenalan perniagaan anda. Ambil kertas dan tulis nama mereka dan industri mereka. Bulatkan mereka yang anda rasakan dalam 20% yang dapat membantu anda. Senaraikan apa yang mungkin mereka boleh membantu anda dan anda boleh membantu mereka. Fikirkan win-win situation.
  3. Lakukan apa yang ANDA BOLEH BANTU MEREKA terlebih dahulu! Bukan tunggu, atau minta mereka bantu anda. Anda yang perlu ambil langkah pertama
Networking adalah strategi perniagaan. Apabila bercakap tentang strategi, perlu mempunyai planning. Dan planning yang terbaik adalah dengan anda duduk & tuliskannya di atas kertas supaya anda dapat bezakan antara network berguna & network kurang berguna...
Tetapi ingat, jangan pula write-off atau abaikan network yang kurang berguna, kerana, mungkin secara direct mereka tak dapat memabntu anda... tetapi, network atau kenalan kepada mereka dapat membantu anda pula! Nama pun networking so, kena fikir 2-3 level ;)

Sunday, June 12, 2011

Bagaiman Pelanggan Tanpa Had


Selamat pagi semua! Hari ini saya nak share dengan anda semua mengenai cara mendapat Pelanggan Tanpa Had  melalui emel yang saya terima dari Dr. IK.

Hari ini, ramai yang terlibat dalam bidang perkhidmatan (insurans, MLM, kewangan, hartanah, takaful, mutual funds dan sebagainya) semakin sukar mencari pelanggan. Oleh itu, minggu ini, saya ingin kongsikan sedikit mengenai cara mendapat Pelanggan Tanpa Had - ketika ekonomi down.
Hari ini sedikit tip untuk mendapat network yang ramai.
Kita sedia ketahui, dalam perniagaan perkhidmatan terutamanya, networking memang penting. Istilah yang selalu sangat digunakan adalah "If you are not networking, you are not working!"
Para pelawat semua, menurut buku Love is the Killer App: How to win Business oleh Tim Sanders, beliau menyebut untuk "mencintai" network kita. Maksudnya untuk benar-benar ingin membantu dan melihat orang lain berkembang. Dan bukannya semata-mata menggunakan network untuk kepentingan sendiri sahaja.

Thursday, June 9, 2011

5 KAEDAH mengubah kegagalan menjadi KEJAYAAN


Baru-baru ini saya ada membaca artikel mengenai usaha pencarian minyak yang giat dijalankan oleh syarikat pengeluar minyak. Artikel tersebut melaporkan sebelum mereka menggerudi telaga minyak, syarikat perlu mengkaji pembentukan batuan di lokasi dengan teliti.
 
Tetapi selepas menjalankan analisi saintifik yang terperinci, enam daripada tujuh lokasi yang digerudi biasanya kering dan tidak mengandungi minyak. Syarikat minyak begitu gigih mencari minyak. 
 
"GIGIH DI SINI TIDAK BERMAKNA MEREKA MENGGERUDI LUBANG DITEMPAT YANG SAMA TANPA HENTI, TETAPI MENGGERUDI DI LAIN-LAIN LOKASI APABILA LOKASI TERKINI YANG DIGERUDI TIDAK MEMBUAHKAN SEBARANG HASIL".

Ramai orang yang bercita-cita tinggi mengharungi kehidupan dengan kegigihan dan impian yang mengagumkan.  Namun begitu, mereka tidak Berjaya mencapai cita-cita mereka kerana mereka enggan mencuba pendekatan-pendekatan baru.
 
Ingat, tumpukan pada matlamat kita, jangan sekali-kali berpaling daripadanya. Tetapi jangan 'berdegil' dengan hanya bergantung kepada satu cara sahaja. Apabila pendekatan yang kita gunakan kini tidak mendatangkan hasil yang diharapkan, maka cuba pendekatan-pendekatan baru. Ia akan membezakan antara kegagalan dan kejayaan dengan 5 cara yang boleh kita gunakan sebagai panduan dalam menempuhi cabaran perniagaan;
 
  1. Gabungkan kegigihan dan kesanggupan mencuba perkara-perkara baru. Pastikan kita 'setia' pada matlamat kita tetapi jangan hanya 'setia' pada satu cara atau pendekatan. Kita perlu sanggup mencuba cara-cara dan pendekatan baru.
  2. Kaji kegagalan yang kita alami. Belajar daripada kegagalan itu supaya kita boleh Berjaya pada lain kesempatan.
  3. Kita perlu berani bersikap kritis terhadap diri sendiri. Kenal pasti kelemahan kita dan ambil langkah-langkah spesifik mengatasinya. Dengan demikian, kita menonjilkan sikap seorang yang professional.
  4. Hentikan tabiat suka menyalahkan nasib. Kaji setiap kegagalan yang kita tempuhi dan kenal pasti punca kegagalan itu.
  5. Ingat, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kenal pasti hikmah setiap cabaran yang membadai dan luputkan kekececewaan dari ingatan kita.
"minda kita hanya melihat atau menilai keadaan mengikut apa yang kita mahu lihat. Fokuskan pada aspek positif dan takluki kegagalan."

Thursday, February 17, 2011

Kelebihan : Misai Kucing


Kalau dilihat dari peribahasa ataupun kiasan Melayu yang dituturkan oleh generasi lama, memang menakjubkan. Bukan sahaja tepat pada sasarannya bahkan penggunaan perkataannya cukup halus dan berpadanan antara satu sama lain.

Keindahan ini turut mempengaruhi panggilan mereka kepada pokok atau tumbuhan yang ada di sekeliling kita.

Ada yang melucukan bila mendengarnya. Ada juga nama panggilan seseorang agak pelik, tetapi bersesuaian dengan rupa bentuk dan habitat flora tersebut.

Antaranya ialah pokok misai kucing. Panggilan ini mungkin berdasarkan rupa bunganya bagaikan misai seekor kucing.Mungkin juga kerana pokok tersebut tumbuh secara menjalar di atas tanah dan tidak pula meninggi.

Walau bagaimanapun pemberian nama panggilan tersebut oleh genarasi tua, bukanlah menggambarkan sekadar ’sembang-sembang di kedai kopi’.

Bahkan menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan herba FRIM, Dr. Azizul Abdul Kadir, pokok misai kucing ini telah digunakan, secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang.

“Populariti pokok herba ini adalah berdasarkan temubual pihak kami dengan beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan dan juga melalui bahan rujukan,” katanya yang turut menyatakan nama saintifiknya adalah Orthosiphon Stamineus.

Beliau yang ditemui di pejabatnya, baru-baru ini menjelaskan pihaknya turut mendapatkan cara-cara tradisional yang sering digunakan didalam merawat kedua-dua penyakit tersebut.

Tambahnya lagi, tumpuan di dalam merawat kedua-dua penyakit tersebut adalah kepada daunnya. Kaedah menggunakan daun misai kucing untuk merawat penyakit tersebut agak mudah.

“Ambil daun-daunnya yang segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering,” ujarnya lagi.

Bila sudah kering kata beliau daun itu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebi kurang segelas air mentah.”Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis,” jelasnya.

Selain dari itu menurut Dr. Azizul, akar dan batang pokok herba misai kucing juga boleh merawat penyakit tersebut. Kaedahnya adalah tumbuk kedua-duanya sehingga agak lumat.

“Kemudian, kisarkan dengan sedikit air dalam beberapa saat. Air kisaran tersebut diambil dengan cara diperah atau tapis kemudian dicampurkan dengan setengah air panas. Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan,” ujarnya.

Wednesday, February 16, 2011

Hanya 1-bulan, blog ini sudah di 1st page Google

Thn to Dr. Irfan Khairi kerana ilmu yg sedikit Dr. IK share hari tu sy amalkan n blog sy telah di letakkan di 1st page kat google.com. (^-^)

Screenshot

Tuesday, February 15, 2011

Rahsia 12 Rabi'ul Awal

Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu" (Surah at Taubah, ayat 128)


Bila menjelang sahaja 12 Rabiul Awal, maka kita umat Islam pasti terkenangkan Baginda Muhammad al Amin S.A.W kerana pada tarikh tersebut junjungan mulia dilahirkan. Sungguhpun begitu, mengingati Rasulullah SAW pastinya tidak sekadar khusus pada 12 Rabiul Awal semata-mata. Junjungan kita yang menyampaikan pesan wahyu itu haruslah dingati setiap waktu. Adalah dianjurkan kepada kita agar sentiasa berselawat keatas Baginda S.A.W sesuai dengan ayat 56 Surah al Ahzaab,




“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepada nya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”




Mengenangi Sayyidina Muhammad S.A.W dan perjuangan Baginda itu moga menambah rasa kecintaan yang mendalam serta dirahmati pula dengan suri teladan buat menjadi pedoman. Justeru membaca sirah Nabi S.A.W sentiasa menenangkan saya manakala terus ditohmah rekayasa musuh. Kerana itu saya mengambil kesempatan merenung serta meneliti kesabaran Junjungan Besar berhadapan dengan dugaan. Kita pastinya tahu akan peristiwa Al-Ifk, kisah fitnah yang dilemparkan kepada Sayyidatina Aishah. Kesabaran Junjungan dan Sayyidatina Aishah berhadapan tohmahan besar itu memperkukuh iltizam saya dan sekeluarga untuk tidak lekang mengharap belas ihsan serta pertolongan Allah S.W.T.




Ternyata sudah lama keluarga saya berdepan dengan dugaan ini, namun apalah dibandingkan dengan ujian yang dikenakan ke atas para Anbiya dan mereka yang dekat dengan Allah S.W.T. Namun InshaAllah, diiringi doa saudara semua serta pertolongan Yang Maha Penyayang, fitnah ini akan lenyap jua. Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari pesan al Quran ini:




Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat, dan (ingatlah) Allah mengetahui(segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)” ~ Surah An Nur ayat 19

Thursday, February 10, 2011

Semalam Adalah Sejarah

Dalam hidup, untuk mencapai sesuatu yang lebih tinggi, kita tak boleh puaskan hati semua pihak. pastinya ada pihak yang tak suka kita, benci kita, nak lihat kita jatuh, kutuk, keji kita, sindir, dan sewaktu dengannya. Apa yang kita boleh lakukan adalah, ucapkan "Alhamdulillah" dengan segala rezeki dan kekuatan pemberia...nNya dan smile always!

Wednesday, February 9, 2011

Just Want 2 Share

Hari ini saya dapat satu mesej dari Sdr. Razif Yusuf yang memberitahu bahawa Dr. Irfan Khairi akan mengadakan tele-seminar online di internet. Bagi yang tidak mengetahui siapa Dr. Irfan Khairi ni, saya akan kenalkan k..


Untuk sedikit info: 

Latar Belakang
=============


Irfan Khairi mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire University, United Kingdom.

Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. Sebagai pereka cipta sistem multimedia dan perunding internet, beliau bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 5,000 buah sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut.

Oleh kerana ,minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999.

Selepas memdapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah berlipat kali ganda pendapatan bekerja 9 – 5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas satu tahun beroperasi.

Semenjak itu, Irfan Khairi hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Dalam masa 3 tahun beroperasi, salah satu perniagaannya memperolehi untung bersih sebanyak RM1,000,000 – tanpa pekerja dan peralatan computer

Kegagalan itu satu kemanisan




Gagal dahulu tidak semestinya gagal selama-lamanya... klip YouTube yang boleh memberi inspirasi kepada kita ;)
-> LINK

Kelebihan Herba

KELEBIHAN RAMUAN HERBA DALAM PERUBATAN MASAKINI

Tumbuhan yang ada di permukaan bumi memiliki keistimewaan dan keutamaan tersendiri. Kesuburan dan kehijauannya merupakan anugerah Allah SWT sehingga di dalamnya memiliki keberkatan dan rahmat yang besar. Melalui siraman hujan dan sinaran matahari maka tumbuhan-tumbuhan tersebut mempunyai kelebihan yang dapat menyembuhkan penyakit dan

DUHA HERBS: UPDATED: TERKINI

DUHA HERBS: UPDATED: TERKINI: "EXPO USAHAWAN 5K, UNIVERSITI TUN HUSSIN ONN, PT. RAJA, BATU PAHAT PADA 24 FEBUARI 2011 - 27 FEBUARI 2011"

UPDATED: TERKINI



EXPO USAHAWAN 5K
UNIVERSITI TUN HUSSIN ONN, PT. RAJA, BATU PAHAT
24 FEBUARI 2011 - 27 FEBUARI 2011

Monday, February 7, 2011

Motivasi Pagi dari Dr. Irfan Khairi

Untuk jadi kreatif, fikir seperti kanak2. kanak2 tidak meletakkan had dalam fikiran mereka. kita yang dewasa akan selalu fikir- boleh ke berjaya? nanti apa orang kata kalau kita berjaya? kalau buat camni boleh tak? Kanak2 tidak meletakkan had, sebab tu kanak2 kreatif!
Hargai diri kita sendiri. Bila kita menghargai diri, kita akan dapat melihat potensi diri kita. Yakin bahawa we are great and can do great things with great results. Keyakinan dalam diri sendiri adalah kunci utama kejayaan!
Bila ada yang tidak menyokong usaha kita untuk berjaya, berbanyak bersabar. tambahan lagi mereka yang rapat dengan kita. sekiranya anda ada kenalan, ahli keluarga, suami atau isteri yang berusaha untuk berjaya- berikan sokongan yang terhebat sekali. ianya adalah pemberian yang tidak ternilai! rezeki pastinya berganda dengan sokongan orang tersayang.
Have fun! senyum selalu! tak perlu lah serious sangat dalam hidup. bila kita gembira & berseronok melakukan apa yang kita suka, insyaallah rezeki akan berganda datang kepada kita
Ada kalanya, terdapat kata2 negatif orang lain diberikan pada kita. apa anda perlu buat? buat tak tau sahaja… TAKDE MAKNANYA. apa yang penting, jangan sampai kata2 negatif itu memasuki diri kita sendiri sehingga kita percayakannya dan mula ragu2 kebolehan sendiri!
Join me di Facebook http://www.facebook.com/irfankhairi.fb dan ‘Share’ artikel ini di facebook anda! -ik

Senarai Pokok Herba

A
  •  Akar Som - Talinum paniculatum
  •  Akar Seratus
  •  Ati-ati Merah - Plectranthus scutellariodes
  •  Aji Samad - Jackia ornata
  •  Asam Jawa/Celagi - Tamarindus indica
  •  Avacado - Persea americana
  •  AraTanah / Gelang Susu, Keremak Susu - Euphorbia hirta
  •  Ara Songsang
  •  Akar Cerita
  •  Akar Manis
  •  Akar Sapuk Tunggul
  •  Akar Tengkuk Biawak - Fagraea acuminatissima
  •  Anggerik Kesumba
  •  Ara Beringin - Ficus benjamina
  •  Asam gelungur - Garcinia atrovirdis
  •  Asam Paya
  •  Ara Bumbong
  •  Agav Sisal / Fukria - Agave sisalana
  •  Alamanda Kuning - Allamanda cathartica
B

    * Bawang Mas / Tembaga Susu
    * Balik Angin/Tampin - Mallotus barbatus
    * Bangun-bangun - Plectranthus amboinicus
    * Bebaru / Baru-baru - Hibiscus tiliaceus
    * Belimbing hutan
    * Bakawali
    * Batang Wali
    * Belimbing Buluh - Averrhoa bilimbi
    * Belimbing Tanah/Tongkong - Oxalis barrelieri
    * Bemban - Donax grandis
    * Bebuta/Buta-Buta - Excoecaria agallocha
    * Beluntas Paya - Pluchea indica
    * Bayam Duri/Bayam Hutan - Amaranthus spinosus
    * Bayam Pasir/Keremak/Pudoh - Alternanthera sessilis
    * Bunga Kekwa
    * Bebuas
    * Batu Jin / Pecah Batu / Bayam Karang - Strobilanthes crispa
    * Bunga Kantan
    * Bunga Loceng
    * Bunga Melor - Jasminum sambac
    * Bunga Cina /Susun Kelah
    * Bunga Tanjung - Mimusops elengi

C

    * Capa/Sombung/Mambong - Blumea balsamifera
    * Cekor/Cekur  Hijau/Cekur Jawa - Kaempferia galanga
    * Cekur Batik / Cekur Hutan - Kaempferia elegans
    * Cekur Manis Gajah/Perupong - Glyptopetalum quadrangulare
    * Cempaka Puteh - Michelia alba
    * Cempaka Kuning -Michelia champaca
    * Celaka Biru / C.Bunga
    * Cina Maki/Gelam Bukit/Serai Kayu Wangi - Leptospermum flavescens
    * Cekak Manis/Tarok Manis - Sauropus androgynus
Jana Pendapatan Tambahan Anda Disini. Tanpa Modal.