Subscribe Now: google

Add to Google Reader or Homepage

Sunday, June 12, 2011

Bagaiman Pelanggan Tanpa Had


Selamat pagi semua! Hari ini saya nak share dengan anda semua mengenai cara mendapat Pelanggan Tanpa Had  melalui emel yang saya terima dari Dr. IK.

Hari ini, ramai yang terlibat dalam bidang perkhidmatan (insurans, MLM, kewangan, hartanah, takaful, mutual funds dan sebagainya) semakin sukar mencari pelanggan. Oleh itu, minggu ini, saya ingin kongsikan sedikit mengenai cara mendapat Pelanggan Tanpa Had - ketika ekonomi down.
Hari ini sedikit tip untuk mendapat network yang ramai.
Kita sedia ketahui, dalam perniagaan perkhidmatan terutamanya, networking memang penting. Istilah yang selalu sangat digunakan adalah "If you are not networking, you are not working!"
Para pelawat semua, menurut buku Love is the Killer App: How to win Business oleh Tim Sanders, beliau menyebut untuk "mencintai" network kita. Maksudnya untuk benar-benar ingin membantu dan melihat orang lain berkembang. Dan bukannya semata-mata menggunakan network untuk kepentingan sendiri sahaja.

Dalam mendapat network yang berkualiti, 3 perkara penting perlu anda miliki:
  • Perlu berlimu
    Untuk mendapatkan network yang baik, anda perlu menunjukkan anda seorang yang berilmu. Anda perlu banyak membaca buku dalam bidang anda sendiri. Sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari berkenaan dengan industri anda. Ilmu ini dapat dikongsikan dengan network anda.
  • Perlu menambahkan jaringan
    Cari peluang untuk ke majlis atau network gathering. Lebih ramai orang anda jumpa, lebih banyak peluang network anda boleh dapat. Satu peringatan di sini adalah, di sesuatu majlis, jangan terlalu sibuk berpindah-pindah tempat dan mengedarkan kad bisnes anda. Fikirkan KUALITI hubungan yang anda boleh jalinkan, dan bukan sekadar KUANTITI. Tingkatkan KUALITI, Kurangkan KUANTITI.
  • Perlu punyai perasaan tolong menolong
    Utamakan network anda dan bukan agenda anda terlebih dahulu. Lebih banyak bertanya dan mendengar daripada anda sahaja yang bercerita. Sebolehnya, bantu network anda tidak kira bidang apa pun, sebagai contoh, sekiranya network yang anda kenali seorang pemilik perniagaan cetakan, selepas berjumpa dan kenal, cuba dapatkan pelanggan cetakan untuknya. Anda tidak akan rugi apa-apa. Malahan, dengan mengutamakan agenda network anda, pastinya memberi kesan hubungan jangka panjang untuk anda!
Jadi, untuk memudahkan anda melakukan network, ingat 3 perkara itu: Ilmu + Tambah jaringan + Tolong menolong = Network yang berkualiti!
 
About the Author
About Me Well, you know me rite..
Jana Pendapatan Tambahan Anda Disini. Tanpa Modal.