Subscribe Now: google

Add to Google Reader or Homepage

Wednesday, June 15, 2011

Kenapa Logo Penting Untuk Perniagaan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sahabat sekalian, hari ini saya nak share info yang saya dapat dari Jutawan Muda Malaysia, IK.


Rekacipta logo memainkan peranan yang penting dalam perniagaan. Simbol yang kecil yang diberi nama 'logo' boleh memberi impak yang besar pada perniagaan. Lihat sahaja jenama-jenama terkenal di dunia, semuanya mempunyai logo. Tanpa logo, tiada lah jenama.

Berikut adalah

Monday, June 13, 2011

Network berguna vs Network kurang berguna


Kita sedia tahu networking tu penting dalam perniagaan kan?
Lagi ramai kita kenali, lagi besar network kita... maka lagi besar peluang kita mendapatkan bantuan bila perlu dari segi network perniagaan.
Namun begitu, mentor saya pesan...
Irfan, network besar pun tak guna... apa yang penting adalah kualiti network kita
Sememangnya benar. Tak kira la kalau kita ni pandai berkawan, dan punyai ramai kawan, tetapi, tak semestinya ia adalah baik untuk perniagaan kita. Bak kata orang, kawan yang gelak ketawa mudah di cari. Tetapi kawan menangis susah (lebih kurang) ;)
Samalah juga dalam network perniagaan, dimana kebanyakan network kita, sebenarnya kurang berguna.
Kalau diikutkan undang-undang Pereto 80/20 rule, ini bermakna, kalau kita ada 10 kenalan dalam network perniagaan kita, sebenarnya 2 yang paling berguna sekali. Kalau kita ada 100 kenalan network perniagaan, maka, 20 network kita yang sangat-sangat berguna!
Oleh itu:
  1. Tambahkan lebih ramai networking dalam perniagaan anda. 100... 200... 300... kerana 80% daripadanya besar kemungkinan tidak dapat membantu kita. Hanya 20% yang berkualiti dan dapat sama-sama membangunkan perniagaan
  2. Kaji senarai network/kenalan perniagaan anda. Ambil kertas dan tulis nama mereka dan industri mereka. Bulatkan mereka yang anda rasakan dalam 20% yang dapat membantu anda. Senaraikan apa yang mungkin mereka boleh membantu anda dan anda boleh membantu mereka. Fikirkan win-win situation.
  3. Lakukan apa yang ANDA BOLEH BANTU MEREKA terlebih dahulu! Bukan tunggu, atau minta mereka bantu anda. Anda yang perlu ambil langkah pertama
Networking adalah strategi perniagaan. Apabila bercakap tentang strategi, perlu mempunyai planning. Dan planning yang terbaik adalah dengan anda duduk & tuliskannya di atas kertas supaya anda dapat bezakan antara network berguna & network kurang berguna...
Tetapi ingat, jangan pula write-off atau abaikan network yang kurang berguna, kerana, mungkin secara direct mereka tak dapat memabntu anda... tetapi, network atau kenalan kepada mereka dapat membantu anda pula! Nama pun networking so, kena fikir 2-3 level ;)

Sunday, June 12, 2011

Bagaiman Pelanggan Tanpa Had


Selamat pagi semua! Hari ini saya nak share dengan anda semua mengenai cara mendapat Pelanggan Tanpa Had  melalui emel yang saya terima dari Dr. IK.

Hari ini, ramai yang terlibat dalam bidang perkhidmatan (insurans, MLM, kewangan, hartanah, takaful, mutual funds dan sebagainya) semakin sukar mencari pelanggan. Oleh itu, minggu ini, saya ingin kongsikan sedikit mengenai cara mendapat Pelanggan Tanpa Had - ketika ekonomi down.
Hari ini sedikit tip untuk mendapat network yang ramai.
Kita sedia ketahui, dalam perniagaan perkhidmatan terutamanya, networking memang penting. Istilah yang selalu sangat digunakan adalah "If you are not networking, you are not working!"
Para pelawat semua, menurut buku Love is the Killer App: How to win Business oleh Tim Sanders, beliau menyebut untuk "mencintai" network kita. Maksudnya untuk benar-benar ingin membantu dan melihat orang lain berkembang. Dan bukannya semata-mata menggunakan network untuk kepentingan sendiri sahaja.

Thursday, June 9, 2011

5 KAEDAH mengubah kegagalan menjadi KEJAYAAN


Baru-baru ini saya ada membaca artikel mengenai usaha pencarian minyak yang giat dijalankan oleh syarikat pengeluar minyak. Artikel tersebut melaporkan sebelum mereka menggerudi telaga minyak, syarikat perlu mengkaji pembentukan batuan di lokasi dengan teliti.
 
Tetapi selepas menjalankan analisi saintifik yang terperinci, enam daripada tujuh lokasi yang digerudi biasanya kering dan tidak mengandungi minyak. Syarikat minyak begitu gigih mencari minyak. 
 
"GIGIH DI SINI TIDAK BERMAKNA MEREKA MENGGERUDI LUBANG DITEMPAT YANG SAMA TANPA HENTI, TETAPI MENGGERUDI DI LAIN-LAIN LOKASI APABILA LOKASI TERKINI YANG DIGERUDI TIDAK MEMBUAHKAN SEBARANG HASIL".

Ramai orang yang bercita-cita tinggi mengharungi kehidupan dengan kegigihan dan impian yang mengagumkan.  Namun begitu, mereka tidak Berjaya mencapai cita-cita mereka kerana mereka enggan mencuba pendekatan-pendekatan baru.
 
Ingat, tumpukan pada matlamat kita, jangan sekali-kali berpaling daripadanya. Tetapi jangan 'berdegil' dengan hanya bergantung kepada satu cara sahaja. Apabila pendekatan yang kita gunakan kini tidak mendatangkan hasil yang diharapkan, maka cuba pendekatan-pendekatan baru. Ia akan membezakan antara kegagalan dan kejayaan dengan 5 cara yang boleh kita gunakan sebagai panduan dalam menempuhi cabaran perniagaan;
 
  1. Gabungkan kegigihan dan kesanggupan mencuba perkara-perkara baru. Pastikan kita 'setia' pada matlamat kita tetapi jangan hanya 'setia' pada satu cara atau pendekatan. Kita perlu sanggup mencuba cara-cara dan pendekatan baru.
  2. Kaji kegagalan yang kita alami. Belajar daripada kegagalan itu supaya kita boleh Berjaya pada lain kesempatan.
  3. Kita perlu berani bersikap kritis terhadap diri sendiri. Kenal pasti kelemahan kita dan ambil langkah-langkah spesifik mengatasinya. Dengan demikian, kita menonjilkan sikap seorang yang professional.
  4. Hentikan tabiat suka menyalahkan nasib. Kaji setiap kegagalan yang kita tempuhi dan kenal pasti punca kegagalan itu.
  5. Ingat, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kenal pasti hikmah setiap cabaran yang membadai dan luputkan kekececewaan dari ingatan kita.
"minda kita hanya melihat atau menilai keadaan mengikut apa yang kita mahu lihat. Fokuskan pada aspek positif dan takluki kegagalan."
Jana Pendapatan Tambahan Anda Disini. Tanpa Modal.